Saturday 17 May 2014

Allahyarham Anuar Abdul Wahab (1945-2009)

ASSALAMMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA YANG DIHORMATI..SEGALA KESILAPAN ATAU KESALAHAN DALAM PENULISAN SAYA INI ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN.HARAP PEMBACA SEKALIAN DAPAT MEMBANTU SAYA UNTUK MEMPERBETULKAN APA YANG SALAH.SEKIAN 




1. Maklumat Guru Utama Pertama – Anuar bin Abdul Wahab (1945-2009)
Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN mula melibatkan diri dalam silat sejak tahun 1957. Pada tahun 1976 beliau
diangkat secara rasmi sebagai Guru Utama PSGFM dengan persetujuan para Guru Tua yang mewakili
kumpulan peringkat negeri, mereka ialah En.Embung Abdullah (Selangor), Tn.Hj.Imam Mansor Ismail
(Perak), Tn,Hj,Mohamad Ali (Kedah) dan Tn.Hj.Ramli Syeikh Abd.Rahman (anak pengasas perguruan).
Kerjasama para Guru Tua menjadikan beliau mahir dalam selok belok rahsia perguruan ini dan akhirnya
beliau berjaya membangun dan mengembangkan perguruan ini diperingkat Malaysia dan antarabangsa.
Beliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor (23hb.12.1945). Mendapat pendidikan pertama di Sekolah
Melayu Sabak Bernam, Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dan Sekolah Alam Shah Kuala
Lumpur.
Memiliki pendidikan Diploma Pengajian Islam (UKM), Sarjana Muda Kepujian (USM) dan Sarjana
(UKM). Beliau telah membawa beberapa kejayaan kepada PSGFM antaranya seperti,
a. Mengasaskan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan mendaftarkannya pada
19hb. September 1976. Perguruan ini dapat menyatukan pengamal silat dan para guru silat aliran Silat
Melayu dari kumpulan Syeikh Abd.Rahman Tohir dan lain-lainnya yang dikenali sebagai silat pulut atau
gayung pulut di bawah satu penguruan.
b. Beliau telah berjaya memertabatkan Silat Melayu atau tempatan setanding dengan perguruan
pencak silat, seni beladiri dan seni mempertahankan diri yang datang dari luar.
Kejayaan ini adalah hasil dari meningkatkan kaedah pedidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada
menggunakan Kurikulum silat yang telus dan setara yang mengekalkan keaslian Silat Melayu.

Di antara hasilnya adalah:
- Juara keseluruhan dalam kejohanan Kejuaraan Silat Kebangsaan (1991, 1992, 1994 & 1995)
- Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di 1st International Martial Arts Games (IMGC)
di Pyongyang Korea Utara (September 2004)
- Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di World Kung Fu Wusyu Championship
Perugia Itali (13-15 Mei 2005)
Kejuaraan IMGC ini disertai oleh 40 negara daripada 14 jenis seni mempertahankan diri terbaik di dunia.
Lantaran itu, PSGFM telah berkembang di beberapa negara seperti Perancis, Austria, Switzland, German,
New Celdonean, Ireland, Norway, Thailand dan lain-lain.
c. Penglibatan beliau dalam Pesaka ialah membawa PSGFM menjadi ahli bertaraf anggota badan
pendiri Pesaka Malaysia. Selaku Ahli Dewan Perguruan PESAKA beliau berupaya turun padang secara
langsung menjalankan tugas memberikan kepakaran beliau dalam:
- Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga (1984-2004)
- Kursus Jurulatih dan Wasit Juru Silat Seni (1991-2003)
- Mewujudkan Manual Jurulatih Silat Olahraga tahap I dan II
- Melatih Pasukan Silat Olahraga dan Silat Seni peringkat antarabangsa
- Menghasilkan Jurus Wajib di Persilat (1996)
- Pengerusi Teknik kejuaraan Silat Sedunia, Kuala Lumpur (1987)
- Pengerusi mewujudkan Muzik Silat Baku Malaysia (1991)
- Pengerusi Senam Silat
- Pengerusi, pengasas, penyusun dan penyampai Kurikulum Silat kepada 200 Guru Silat dari
pelbagai aliran perguruan di Malaysia (2002-2005).

Ketelusan beliau dapat dilihat ketika memberikan ilmu, kemahiran dan pengamalan kepada peserta latihan,
program, bengkel dan kursus silat.
d. Penglibatan di peringkat antarabangsa seperti persembahan silat dalam Sukan Sea 1979 di Jakarta,
persembahan silat dan bengkel silat di Perancis, melatih pasukan Thailand dalam kejuaraan Silat Sedunia
dan Sukan Sea, seminar dan bengkel silat di peringkat antarabangsa dan mengembangkan silat di beberapa
buah negara di peringkat antarabangsa.
e. Penulisan – beliau telah menghasikan Buku Silat Olahraga 1987 dan Teknik Dalam Silat Melayu 1992
Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. Sejarah Pengilbatan Silat Anuar Abdul Wahab AMN
- Sejak 1957 mempelajari beberapa aliran perguruan silat seperti Silat Harimau, Silat Cekak, Silat Sendeng,
Silat Kuntau Betawi dan Seni Silat Melayu Helang Sewah / Silat Pulut di Kg.Kota Hutan Melintang, Perak,
daripada ahli keluarga. Kecuali Kuntau Cemande daripada bukan keluarga.
- Pada 1965 mempelajari Seni Gayung Fatani dripada Embong bin Abdullah. di Sabak Bernam, Selangor.
- Pada 1976 menubuhkan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) diangkat sebagai Guru
Utama.
- Pada 1983 membawa PSGFM menjadi ahli bertaraf badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan
Malaysia (PESAKA Malaysia).
3. Penglibatan dalam Pesaka
- Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)
- Ahli Dewan Perguruan Pesaka Negeri Selangor Darul Ehsan.
- Mengasaskan Silat Olahraga dengan memberi kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga kebangsaan dan negeri sejak 1984 hingga 2004.
- Mengasaskan Silat Seni dengan memberi kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Seni peringkat kebangsaan
dan negeri sejak 1995.
- Merancang dan melaksanakan Kursus Musik Silat Baku Malaysia. Menjadi Hakim Pergendangan Silat
(Mzik Silat Baku Malaysia) di Kedah 2002-2004.
- Kursus Jurulatih dan Hakim Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia di Makhtab Teknik Kuala Lumpur.
- Mengasas, menyusun dan menyampai Kurikulum Seni Silat Malaysia sejak 4.4.2002 -2005) di peringkat
kebangsaan, negeri dan pertubuhan.
- Pengerusi Teknik Kejuaraan Silat Sedunia Kuala Lumpur 1987.
- Pengerusi Teknik Silat Olehraga Sukan Sea 14 Kuala Lumpur.
4. Membangunkan Silat peringkat sekolah
- Pengerusi Teknik Kejuaraan Silat seni Sekolah-sekolah Menengah peringkat Kebangsaan pertama Kuala
Lumpur.
- Memberi kursus pengadil Silat Seni peringkat kebangsaan dan negeri.
- Membuka kelas silat di sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri-negeri di Malaysia dan melibatkan
diri dalam program silat peringkat sekolah.
- Pelajar silat daripada bangku sekolah diberikan latihan sehingga menjadi atliit negara yang menghasilkan
emas dan jurulatih peringkat negara dan antarabangsa.
- Pengasas dan penyusun Kurikulum Silat untuk pelaksanaan pendidikan silat di peringkat sekolah yang telus
dan setara.
5. Membangun silat di peringkat antarabangsa
- Setiausaha penaja untuk penubuhan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) 1979 di Jakarta,
Indonesia.
- Sejak 1986 memberi latihan kepada jurulatih silat daripada beberapa negara dunia untuk mengembangkan
silat di negara masing-masing seperti Austria, Switzland, Norway, Perancis, Thailand German, Pulau New
Caledonia, Sepanyol dan lain-lain.
- Mambantu dan mengadakan Seminar dan Bengkel di peringkat antarabangsa seperti Perancis, Austria,
Switzland, Thaliland, Itali, German dan Korea Utara.
- Membina Jurus Wajib peringkat Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) 1996.
- Melatih pasukan negara Thailand dan Vetnam
- Ahli Dewan Sesepuh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat).
- Dewan Hakim/Sesepuh Silat Seni, Beladiri dan Olahraga Persilat.
- Melibatkan diri dalam persembahan 11 Seni Bela Diri terbaik dunia di 15 kota German 2004.

- Menjadi Juara Persembahan Berpasukan antara 12 Seni Beladiri Terbaik Dunia dalam International
Martial Arts Games Commette (IMGC) anjuran International Taekwando Federation pertama 2004 di
Piongyang, Korea Utara dan Juara Persembahan Berpasukan dalam IMGC 2005 anjuran Kungfu/Wushu di
Perugia, Itali.- Seminar/Bengkel Silat di Jakarta (PERSILAT) Dis. 2008.
6. Penulisan
- Buku Silat Olahraga,`Kuala Lumpur, Dewan bahasa dan Pustaka 1987.
- Buku Teknik dalam Silat Melayu, `Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka 1992
- Menulis Kurikulum Silat, Sukatan Pelajaran, Rancangan Mengajar, Ujian Penilaian Silat untuk
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)
- Menulis dalam Majalah Silat seperti Majalah Pendekar dan Majalah Seni Beladiri Menulis buku bertajuk
`SILAT’ sebagai huraian Rancangan Mengajar Silat berdasarkan Kurikulum Seni Silat Malaysia untuk
rujukan guru, jurultih dan pelajar silat (untuk tujuan percetakan).

- Buku Silat, Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat MelayuTradisi kepada Pembentukan Kurikulum Silat
Malaysia Moden (2008)
7. HASRAT
Membangunkan Silat iaitu Silat Melayu yakni silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung
Tanah Melayu dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya yang dikenali sebagai Silat Pulut atau
Gayung Pulut. (SUDAH TERCAPAI PADA TAHUN 2002).
Tujuannya untuk memperlihatkan Malaysia mempunyai silat asli versi Malaysia bagi mengukuhkan
pengiktrafan bahawa SILAT SEBAGAI BELA DIRI RASMI MALAYSIA YANG TERSENARAI
DALAM AKTA WARISAN NEGARA (SUDAH TERCAPAI PADA TAHUN 2002).
Ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara silat di dunia (disambung oleh Guru Utama II PSGFM, Guru
Aminuddin Anuar).
(diterbitkan dengan izin Guru Aminuddin Anuar daripada Buku Allahyarham Tuan Haji Anuar
Abdul Wahab, 2008 ).
8. Sijil

rujukan:
http://amirrizwan94.blogspot.com/2013/10/tokoh-seni-silat-malaysia.html
http://senigayungfatani.com/perguruan/amanat/allahyarham-anuar-abdul-wahab-1945-2007/

Monday 12 May 2014

About Dr. Nizam Shapie


 Guru Dr Nizam, Black Belt Seni Silat Malaysia, PhD Silat Kejurulatihan (UWIC, United Kingdom), Sarjana Sains Sukan (UiTM, Malaysia) & Ijazah Sarjana Muda Sains (UKM, Malaysia). Silat Jurulatih Dunia Diiktiraf, adalah atas silat guru antarabangsa yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam seni latihan mempertahankan diri (Kardi).Melalui pusat latihan Pusat Cemerlang Silat Malaysia, beliau menarik minat ramai pelajar silat antarabangsa untuk dilatih dan menguasai silat dengan berkesan. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, beliau telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan kajian dalam bidang kejurulatihan silat. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 tali pinggang hitam kepada pelajar di bawah pusat latihan.Beliau membaca berpuluh-puluh artikel seni mempertahankan diri dan mendaftar untuk ebook ini percuma dan surat berita.Beliau yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam berpendapat bahawa kajian ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada para pelajar yang berminat untuk melakukan kajian dalam bidang ini. Sumbangan beliau ini amat besar nilainya kepada bangsa dan agama dalam memertabatkan silat sebagai bela diri utama Malaysia..


RUJUKAN:
Dr. Nizam Shapie - EzineArticles.com Expert Author



ABOUT GURU DR NIZAM SHAPIE IN ENGLISH

I ѕtаrtеd learning Silat ѕіnсе 11 years οld. Mу ‘steady’ coach still – іѕ Grandmaster οf Seni Gayung Fatani Malaysia Association – Anuar Abdul Wahab bυt thе one thаt seriously building mу silat experience іѕ Guru Aminuddin Hj. Anuar. Both οf thеm аrе fаntаѕtіс аnd superb іn giving mе full lesson inside аnd outside o thе thе REAL meaning οf ‘Warrior’ / Pendekar.

Truly, I learned frοm thе beginning until I achieved mу Black Belt іn 1997. Bυt still practicing until today especially іn researching thе science behind Silat іn nature аnd sports. In 1997 until 2007 – I ѕtаrtеd coaching аll around Kuala Lumpur, Kajang, Ampang, Putrajaya, Semenyih аnd Cyberjaya аnd hаνе established mοѕt οf Silat class frοm lower tο upper level.

Together wіth Cikgu Shahiid wе established Silat Training Center – known аѕ ‘ Pusat Cemerlang Silat, Kajang‘ aka PCS іn 2002. Thіѕ іѕ thе starting οf a nеw era οf professionalism іn thе World οf Silat Education іn Malaysia. Thіѕ training center іѕ thе highlight οf mу carrier аѕ аt thе same time I wаѕ thе athletes, coach, entrepreneur аnd students іn Sport Science School (Master level), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Thе full support frοm Grandmaster аnd οthеr coaches frοm Seni Gayung Fatani Malaysia Association hеlреd υѕ іn gaining experience іn branding Silat іn еνеrу school around Kuala Lumpur. Thіѕ training center аlѕο received popularity bу οthеr visitors аll around thе world еіthеr іn documentation, training, seminar οr filming everything regarding Silat.

Here аrе ѕοmе οf classes thаt I established together wіth mу partner Cikgu Shahiid :
Thіѕ іѕ јυѕt thе beginning οf mу life іn helping others аbουt self-protection, disciplines, health аnd human development through SilatSilat іѕ thе grеаt resources іn building self-esteem especially tο young generation those іn special needs condition.
Thе grеаt things іѕ whеn уου develop a nеw generation οf well educated coach іѕ thе greatest things еνеr happen tο mе іn Silat. I dіd train thіѕ nеw generating elite coach аѕ continuation οf coaching frοm generation tο generation.
I аm grateful tο bе given such wonderful students thаt always giving everything tο reach thе top level іn Silat аnd education. Sometimes wе need tο bе lіkе thеіr friend аnd mentor tο mаkе sure thе very best οf thеm.

RUJUKAN:
Cikgu Nizam Official Websitehttp://cikgunizam.com/about-2/

TUAN GURU AMINUDIN HJ. ANWAR




Guru Utama PSGFM kedua adalah Tn. Guru Aminuddin b. Haji Anuar. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia. Merupakan ahli seumur hidup PSGFM (No. Ahli: 1400) sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan.
Pemilihan beliau selaku Guru Utama pernah dihasratkan oleh Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab semenjak tahun 1999 lagi. Naman disebabkan pendirian beliau yang menghormati Allahyarham sebagai pemimpin utama sebuah persilatan yang masyhur ketika hidupnya, beliau hanya menerima tugas ini setelah ketiadaan beliau. Tugas ini diterima dengan penuh sabar dan amanah dalam meneruskan kesinambungan silatmelayu warisan bangsa Malaysia ini. Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’.
Beliau kini telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Majnah Abdillah dan beralamat di Sandakan, Sabah. Sebelum menerima jawatan ini beliau pernahbertugas dalam bidang perniagaan, dan perkhidmatan  silatprofessional.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai beliau:
Pengalaman Bertugas:
1. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, Kuala Lumpur (Graphic Artist) -1991/95
2. BOLD PLATFORM (Computer Graphic, Artist) -1995
3. SMART READER, English Children’s Books (Illustrator and Computer Artist) -1996
4. UTUSAN MALAYSIA BERHAD (Computer Graphic, Artist) -1997
5. TAKAFUL NASIONAL SDN. BERHAD (Insurance Agent Life/General) -2003/05
6. PROTON EDAR SDN BHD, SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN
(Sales Advisor, Secretary of Safety PESB, Sandakan) -2008
7. RIGHTPOWER SDN. BHD SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN (Sales Advisor, Sandakan) -2010
Pendidikan:
1. SIJIL RENDAH PELAJARAN —1986 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor)
2. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA -1989 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor)
3. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA -1991 (INSTITUTE CAHAYA MALAYSIA)
4. MENSA INSTITUTE OF ART DESIGN -1992
5. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PENANG -1995
6. COSMOPOINT COMPUTER GRAPHIC DESIGN, K.LUMPUR -1996/97
Pengalaman, Jawatan dan Kejayaan Silat :
1. Guru Utama ke-2, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Pewaris Silat Malaysia yang di asaskan oleh Al-Marhum Tn. Hj. Anuar Hj. Abd. Wahab (AMN)
2. Ahli Majlis Perguruan PSGFM
3. YDP Silat Malaysia (SSM)
4. YDP Pesaka Sandakan, Sabah
5. Pengerusi Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS)
6. Setiausaha, Majlis Jurulatih PSGFM (Mantan)
7. Penasihat, Pusat Cemerlang Silat (PCS)
8. Guru SilatSilat Malaysia PSGFM
9. Program khas Silat di School Of Silat, 5 Negara di Eropah.
Berpengalaman luas dalam membentuk pasukan dan program silat.
1. Juara Silat Kebangsaan dan Peringkat Sedunia, Silat Solo Putera
- (Gold Medal) 1992, Selangor
- (Gold Medal) 1994, Penang
- (Gold Medal) 1995, Terengganu
- (Bronze Medal) 1992, Jakarta, Indonesia
- (Silver Medal) 1994, Hatyai, Thailand
Kursus yang dikendalikan:
- Kursus Kejurulatihan Silat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Teknikal Perwasitan Silat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Silat Seni Solo dan Senjata (PCS)
- Kursus Silat Olahraga, Teknikal dan Perwasitan SOR
- Bengkel Motivasi Silat Untuk Pelajar Sekolah (Pangkor)
Program Pertandingan yang Pernah dikelolakan:
- Open Silat Olahraga UIA, Petaling Jaya
- Invitasi Silat Lima Penjuru Sekolah-Sekolah Hulu Langat
Silat Melayu PSGFM, Selangor Darul Ehsan
Silat Olahraga dan Seni Silat PSGFM Selangor
- Ketua Pertandingan Silat Terbuka UMS Sabah
Membangunkan Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS) di Kota Kinabalu, Nov. 2009.
Menggerakkan dan selaku YDP Pesaka Sandakan meneruskan program Silat Malaysia sebagai tunjang program di Sabah dan Sarawak.
Kelas Silat Malaysia :
- Kompleks Sukan Sandakan, Jln Sibuga Sandakan
- Kompleks Sukan Putatan, Kota Kinabalu
- S.R.K Sungai Anib 3, Sandakan
- S.M.K Elopura 2, Sandakan
Perancangan Jangka Panjang :
Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah menetapkan bahawa Indonesia, Malaysia, Brunai dan Singapura sebagai negara pendiri PERSILAT kerana di negara berkenaan terdapat aliran pencak silat yang memang mempunyai badan induk di Indonesia.
Organisasi pencak silat Indonesia dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (1948) dan Indonesia telah mengiktiraf pencak silat sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia.
Oleh itu semua badan pendiri PERSILAT mengamalkan dan membangunkan pencak silat.
Sebagai rakyat Malaysia yang ingin merealisasikan pembangunan silat Melayu beridentitikan Malaysia yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut telah meningkatkan pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat di kenali sebagai Kurikulum Silat Malaysia maka adalah wajar kita menggembeling tenaga menjadikan sukatan kurikulum silat ini dilaksanakan secara menyeluruh bermula dari peringkat dasar hingga IPTA dan Belia seterusnya mengangkat Silat sebagai Seni Beladiri Rasmi dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara.
Maka satu usaha meneruskan, membangunkan dan mengembangkan aliran silat Melayu tradisi semenanjung atau silat asli tempatan versi Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa. Memartabatkan Malaysia sebagai negara silat dengan mewujudkan Persekutuan Silat Antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan silat sedunia.
Diharapkan kita berupaya dan mampu melaksanakan tugas dengan ikhlas, gigih, berani, harmoni, jujur, bijaksana, setia kawan demi kecintaan kepada Silat.
Di atas segala usaha melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan oleh Pertubuhan yang juga Perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia dikurniakan rahmat, keredhaan dan di berkati dari Allah s.w.t., Insyallah.
rujukan:
http://senigayungfatani.com/perguruan/artikel/guru-utama-aminuddin-anuar/



PRESENTATION INDIVIDUAL